Aku mencari sesudut sinar
Dari hujung penglihatan
Buat menerangi hati
Hati yang telah lama gelita
Ya Allah...
Terangilah hati aku
Agar tidak lagi aku hilang arah
Agar tidak aku sesat bersama bayang-bayangku
Hari ini
Aku kasihkan seseorang
Seseorang yang sangat mengasihimu
Sedangkan aku,
Seringkali tersasar dari tujuanku
Dari landasan keredhaan mu.
Ya Allah..
Kerana engkau,aku cintakannya
Walaupun belum pernah aku lihat senyumnya
Belum pernah aku lihat rupa parasnya
Namun, dia terikat kuat dihatiku
Jika benar dia untukku,Kekalkan dan Lindungilah.....
Jika dia tidak untukku,aku redha....
Kerana apa yang telah engkau tetapkan adalah yang terbaik
untukku..
No comments:
Post a Comment