Saturday, December 10, 2011

Buat "Dia"








Hidup,
berjalan mencari sesuatu yang indah,
kutemu sekuntum bunga...
yang sendiri tidak jelas
tentang keindahannya
tidak tahu asalnya
tidak mengerti tentang sifatnya

aku hanya melihat dari sudut berbeza
kamu lembut di hatiku
kamu indah dihatiku
kamu sempurna dihatiku

sungguh menyenangkan
menenangkan hati
seperti memberi warna
kepada kehidupan yang suram

hanya cuba memiliki
hati telah merelakan
memberi tanda kesetiaan
lalu mengikat jiwa

dengarlah
lidah takkan berbicara
jika hati belum bersedia
jiwa takkan bergelora
jika belum pasti cinta

aku ingin bersamanya.....
tapi..
bagai mencari jarum dilautan
itu hanya angan-angan
namun..
aku percaya kuasa tuhan
harinya akan tiba pasti.....
aku akan menunggu..
dan terus menunggu..

Dengarlah insan
aku tidak pasti,namun aku percaya
ada sesuatu dari hatimu untukku
berilah aku kepastian yang jelas
agar aku tidak terus menunggu
dan mampu tersenyum.....

percayalah...
aku tidak akan merelakan
airmatamu jatuh kerana aku..

Wednesday, October 12, 2011

tulisan hati....

selembut titisan yang menitis dipagi hari
sesegar mawar yang dibasahinya
disaat kedukaan yang menghimpit
sinar keceriaan itu datang jua.....

Ia datang menggamit memori masa lalu
di saat kegembiraan yang dirasai
ketika keceriaan sedang memeluk sang hati
dan jiwa tersenyum sama saat itu.......

ku lupakan luka lalu
cerita kedukaan itu ku tutup rapat
biarkan ia pergi dibawa sesegar angin pagi
moga ia pergi dan takkan pernah kembali

ketabahan hati membantuku berdiri
membakar semangat perjuangan ini
kegemilangan yang aku miliki
harap berkekalan hingga akhir nanti.....


paling teruk3....tp na update jgk....harap kamu pkse dri suka gak..huhu..hmmmm.....


sedarlah wahai teman,dengarkan bersama
sebuah cinta bukan mampu menenangkan gelora lautan
Cinta hanya mampu mengisi kekosongan tatkala hati yang memerlukan
Cinta menjadi debu beterbangan,bila keikhlasan hilang di pandangan....

Friday, September 30, 2011

Andai Takdirnya disini


Salahkah aku.....
Jika melepaskan yang rapuh itu  jatuh
Berdosakah aku...
jika menjauhkan yang indah itu....
Yang telah benar-benar jauh,
Membawa cahaya itu pergi

Aku bukan berputus asa
Hanya melepaskan yang ingin dibebaskan....
Biarlah ianya berjalan sendirian..
Ditemani warna kehidupan

Dan aku...
masih lagi disini
dengan warnaku sendiri
tanpa sebarang lukisan  kehidupan
buat bekalan dalam perjalanan
perjalanan yang berliku

senyuman mengubat rindu
tatkala hati sedang diluka
senyuman bekalan perjalanan
bekalan itu umpama manisan
senyuman manisan pengubat rindu....

andai tertulis noktahnya disini
terimalah wahai sang puteri
simpan airmatamu...
jangan ditangis kisah lalu
biarkan ai berlalu pergi...
...........................................................

Thursday, August 11, 2011

15 TAHUN MASIH DI HATI..


Telah lama berdiri 
Hadirnya membela bangsa
Disaat anak-anak melayu hilang punca
Untuk berdiri mengapai cita-cita

Jika dulu, hanya dipandang dengan hujung mata
Jika dulu,diragui keupayaannya
Jika dulu, tidak dikenali namanya
 Hari ini, telah terbukti kejayaannya

15 tahun masih teguh disini
 Kerana ikatan kasih anak bumiputera
 Uitm Pulau Pinang,Namanya bagai terukir di awan


15 tahun memacu puncak jaya
Perubahan demi perubahan
Kejayaan demi kejayaan
Lahirkan mahasiswa pemangkin kegemilangan

15 tahun Uitm Pulau Pinang
Perjuangan belum berakhir
Noktahnya bukan di sini
Tangga harus didaki, gunung harus ditawan
 Untuk bangsaku agar terus cemerlang

Usaha taqwa mulia
 Uitm dihatiku
selamanya dihatiku

Friday, July 15, 2011

Tenang yang gelora

Damai petang ini
Sawah yang terbentang
Ditemani kicauan burung
Sepertinya ingin menutup gelora di hati.

Walau gerimis mendatang
Aku tidak mahu pergi
Aku mahu kekal disini
Bersama ketenangan yang aku rasai

Namun harus ku akui
Ketenangan ini bukan milikku
Aku harus berlalu pergi
Walaupun aku tahu
Gelora akan melanda lagi
Menghukum diri

Fikiranku tidak seperti dulu
Semangatku tidak seteguh dulu
Ya Allah,bantulah aku

Aku tidak mampu melalui jalan ini
Jalan yang penuh dengan tangan
Tangan untuk menarik aku ketepi
Bantulah aku..

Sesungguhnya aku insan yang lemah
Yang hanya mampu berdiri
Tetapi tidak berani berlari...

Thursday, March 3, 2011

KESEDIHAN YANG MENYELUBUNGI







Aku rasa ingin menangis…
Aku terlalu kecewa
Perasaan yang amat kecewa
Dengan sikapmu

Namun harus ku sedar.
Aku bukanlah siapa-siapa
Untuk mempamerkan luka di hati
Harus ku ia pendam bersama kesabaran

Tapi…
Sampai bila harusku tahan rasa ini
Perasaan yang amat mecabar emosi
Tidak sanggup aku simpan ini lagi
Fikiranku tidak setenang dahulu

Kamu amat mengecewakan
Hatimu sekeras berlian
Namun harus ku kuatkan hati
Selagi aku masih mampu untuk berdiri

Untukmu
Jika mahu pergi..pergilah…
Tak terdaya menahan sakit….

Tapi…
Mengapa datang untuk pergi…
Mengapa kasih jika tak sayang.

Thursday, February 17, 2011

Kenangan itu



Tika aku sendirian
Ditemani gelita malam
Saat bersamamu ku kenang
tak terasa embun yang membasahi

hari itu..
sungguh indah hari itu
tentunya dapat aku ketemu
pemilik wajah yang meruntuni kalbu
memori itu ku ingat sentiasa

pagi itu sungguh indah
seperti sudah diatur pertemuan itu
kutemu kamu disitu.
Sungguh manis senyumanmu

Sehingga kini ianya menjadi kenangan
Aku yakin dan pasti ianya takkan berulang
Kerana kita saling berjauhan
Dan memori itu semakin jauh
Pergi bersama hari-hari yang berlalu

Saturday, February 12, 2011

kisah lalu....


   Terjaga ku  dari tidur yang lena. Melangkah malas menuju  jendela,sepi menyulubungiku. Dan pada malam yang kelam ini. aku masih lagi fikirkanmu. pemilik wajah yang meruntuni kalbu.. Lalu ku pandang  bulan, amat  terang  cahayanya. Hatiku tenang melihat  keindahan  ciptaannya. Begitu indah ciptaannya sehingga membuatkan aku terpegun. Monolog aku sendiri” bulan.. kembalikan,.. temanku..kasihku,. bulan. jangan biar siang , biar alam ini kelam.. biar ia sepi sepertiku”. Mengungkit memori dahulu, adakalanya sedih, adakalanya gembira. Gembira di saat perkenalan. Sudah berminggu-minggu ’memerhati’ akhirnya dapat juga bercakap denganmu setelah sekian lama menanti. memori itu akan ku ingat selama hayatku. Sedih, apabila terpaksa, ’memaksa diri’ untuk melupakanmu, setelah sedar engkau bukan milikku. setelah hampir melupakan, engkau datang lagi, seperti membawa lilin dalam gelita, memimpinku.. saat yang  terindah bila bersama takkan ku lupakan untuk selamanya, waktu duka yang kita lalui bersama,bahagia bagaikan malam ditemani bulan cerah. Hatiku dah ‘terikat’ padamu, sehinggakan kemesraan itu ku rasa cinta.. Tetapi,kau beri rasa yang berbeza,mungkinku salah mengentafsirnya… yang ku rasa cinta.. tetapi hatiku, berterusan memikirkanmu. Kini aku ingin bangkit, bangkit dari rasa kecewa ini. Aku pasang hasrat, memadam rasa cinta yang lahir dari hati,membuang rasa rindu dalam jiwa…. Apa dayaku.. begitu indah perasaan yang ALLAH berikan kepadaku untuk menyayangimu. Tidak dapat ku tepis lagi.sehingga saat ini,aku masih tidak terdaya menahan perasaan ku kepadamu,walaupun telah tertutup hatimu untukku. Harapanku, akan lahir perasaan dihatimu terhadapku.


     Kita menyangka bahawa perbuatan baik serta keikhlasan kita pada seseorang,akan mengundang perasaan hormat dan cinta orang itu pada kita….sebenarnya tidak….tidak perlu lagi berharap pada yang tak sudi..tidak perlu menabur bakti,kepada yang buta hati,kepada yang suka melukai..mengapa datang untuk pergi?..kenapa jumpa untuk berpisah?...luahan hati yang telah dilukai………..

Friday, February 11, 2011

Nota Buat Kakak.....



Kakak terima kasih,
Kerana kisah tentang aku
Kerana buat aku senang denganmu
Kerana kamu banyak membantu,
Terima kasih…

Tetapi..
Harus ada sedikit jarak antara kita…
Aku tidak mahu,
terus menyusahkanmu,
Selalu menghubungimu,
dan bagi kamu masalah.
Maaf….

Harusku perkatakan ini
Kerana di hati telah lahir
rasa kasih kepada kakak
yang mendorong diri
untuk selalu mendekatkan diri dengan kakak.
Maaf kakak….

harap kamu mengerti....
kamulah meninggalkan kesan kepadaku.....

Wednesday, February 9, 2011

Puisi Buat Sang Puteri


Hilang mentari
Ada yang tinggal
Rembulan kegersangan
Yang meratapi
Cahaya hujung malam di kala sunyi..

Hilang kekasih
Ada yang yang tinggal
Pemuja kesepian
Yang melayani
Puisi cinta buat sang puteri..

Pedihnya hatiku yang terguris
Kalau bisa terzahir
ternyata sini langit nangis..


Kerana dirimu dunia ku terlepas
Kerana kau ku bernafas
Kerana tanpamu semangat jadi tewas
Kerana kau yang teratas..

Segala apa
Biarpun jiwa aku pertaruhkan jua
Asalkan saja
Dikau bersama diriku selalunya.

Tuesday, February 8, 2011

memori masa lalu...



Pagi ini..
terjagaku dari mimpi..
Ku renung keluar,
kicauan burung melintasi
ku dongak ke langit,
indahnya ciptaan illahi..

     mengimbau memori lalu, sungguh indahnya zaman persekolahan. Jika diberi peluang, ingin aku  remaja kembali, tapi apakan dayaku. masa terus berputar, dan aku, mesti terus kehadapan. Benar katanya, ‘muka yang mendongak langit tak selalunya diatas’, sekarang baru aku sedar, susahnya apabila tiada yang membantu. Namun harus ku kuatkan hati kerana ALLAH pasti aku akan Berjaya . Kamu….. aku amat merinduimu, kemana kamu menghilang?, diam tanpa berita.. sejak langkah terakhirku dari sekolah, aku sudah tidak melihatmu, sehingga sekarang. Tidakkah kamu tahu,mencari didalam gelita amat membataskan.tapi aku yakin, masa akan tiba pasti. Aku terima, walaupun hati sukar untuk melepaskan.

Di langit kau umpama bintang
Didasar laut kamu umpama mutiara
Di bumi kailah intan permata..
Setianya aku untuk menunggumu…..

Monday, February 7, 2011

apabila langit tak selalunya cerah







Pagi…
Bagaikan baru diberi nyawa
melangkah dengan penuh yakin
mencari untuk memiliki
mengejar untuk mengengam

jangan lupa..
malam akan datang
langit tak selalunya cerah
kelam pasti akan tiba
sepi pasti menyelubungi

malam..
bila sunyi menutupi
hati resah gelisah
mungkinkah cahaya datang lagi
adakah mentari muncul lagi

bila langit tak selalunya cerah
hati pasti tak selalu tenang…

*************************




KAWAN

Kawan Semalam aku jatuh Kejurang yang kufikir Sangat dalam dan gelap Sahutan hati aku tidak terjawab Ku dongak keatas ,"Kelam...