Sunday, August 26, 2012

Kerana engkau,aku cintakannya




Aku mencari sesudut sinar
Dari hujung penglihatan
Buat menerangi hati
Hati yang telah lama gelita

Ya Allah...
Terangilah hati aku
Agar tidak lagi aku hilang arah
Agar tidak aku sesat bersama bayang-bayangku

Hari ini
Aku kasihkan seseorang
Seseorang yang sangat mengasihimu
Sedangkan aku,
Seringkali tersasar dari tujuanku
Dari landasan keredhaan mu.

Ya Allah..
Kerana engkau,aku cintakannya
Walaupun belum pernah aku lihat senyumnya
Belum pernah aku lihat rupa parasnya
Namun, dia terikat kuat dihatiku

Jika benar dia untukku,Kekalkan  dan Lindungilah.....
Jika dia tidak untukku,aku redha....
Kerana apa yang telah engkau tetapkan adalah yang terbaik untukku..

Monday, July 2, 2012

Kerana Sebuah Persahabatan..



Mengejar cinta dicelah nilai sebuah persahabatan
Namun hatiku umpama lautan gelora
Khuatir cinta meruntuhkan persaudaraan
Melenyapkan sebuah persahabatan

Aku sedar,
Kuntum mawar yang ingin ku miliki
Adalah  yang haram buatku
Dan cukup terbatas untukku simpan
Sebagai pedamping tatkala kesunyian

Membiarkan ianya pergi
Sebelum airmata yang mengiringi
Biarkan sahaja luka dihati
Mungkin nanti akan sembuh kembali

Mungkin bukan yang terbaik untukku
Mungkin juga belum tiba masanya
Untuk aku petik kuntum itu
Lalu kubiarkan kuntum itu mekar indah

Aku bukan siapa-siapa
Yang mampu untuk memiliki siapa-siapa
Aku hanya mampu berdoa dan berharap
berserah kepada yang satu,
Yang menghadirkan cinta dalam cerita hati..

Monday, April 9, 2012

Cinta Allah Pengubat Duka

Cinta manusia..
seperti dedaun pada sebuah pokok,
jika tidak disiram dengan doa,
dibaja dengan kesetiaan ,
dipagar dengan batasan,
nescaya tumbanglah pokok itu rebah ke bumi..

cinta yang sejati..
bagai  setianya  matahari dan bulan,
yang  tak pernah jemu mencintai,
berkurun lamanya  menemani bumi,
hanya cinta ALLAH kekal abadi...


Aku sedang mencari sinar yang belum pasti dapat aku miliki. Setelah sekian lama,baru aku sedar,apa yang aku kejar dan apa yang aku mahu, adalah sesuatu yang tak pasti. Jalan terbaik bagiku,
Berdoa agar Allah menutup pintu cinta di hatiku,cinta manusia yang telah sekian lama membunuhku. Biarlah episod luka ini pergi dan takkan pernah kembali. Biarlah cinta Allah yang tinggal dihatiku,agar ia berputik dan menjadi semakin indah. Aku serik untuk mencari cinta manusia yang hanya menjanjikan kekecewaan untukku.  Andai kata jodoh telah tiba. Biarkan, biar Allah yang  tentukan. Kerana aku yakin dan pasti, Apa yang Allah takdirkan untukku adalah yang terbaik bagiku.

Untuk teman..
Usah kamu mencari ketenangan,
Kerana ketenangan tiada di mana-mana,
Ia sentiasa di hati kamu,
Berdoalah...
Kerana itu yang terbaik untukmu..

Tuesday, March 27, 2012

Tiada kata pengubat gelora......

Apa yang aku kejar bukan apa yang aku mahukan,
yang aku mahukan sebenarnya tak pernah lari dariku,
Tapi juga tak pernah dapat untuk aku miliki,
Ianya mengajar aku erti sabar dan tidak mudah patah.

Sikapnya , mampu membunuhku..
Adakalanya aku luka kerana dia,
Adakalanya aku rebah kerana dia,
Adakalanya aku gelora kerana dia,

Namun kerana dia aku masih tersenyum disini,
Walaupun aku jatuh terduduk,
Namun kerana dia aku mampu bangun dan berlari,
Dan kerana dia, hatiku secekal hari ini...

Memberi aku keindahan seribu bayangan,
Dia juga memberi aku sejuta keresahan,
Satu persoalan yang bermain di mindaku,
Adakah hatinya untukku?.........

Kepada dia yang mendengar “jujurlah”,
Jika hampir patah,biarkan ianya patah,
Agar yang baru boleh tumbuh dengan segar..

Langitku tidak selalu cerah,  hatiku tidak selalu suram...

Buat ayah



andai nanti suatu masa
kamu  tiada lagi disisi
andai nanti suatu masa
kamu  pergi buat selamanya

tidak dapat ku sendiri bayangkan
betapa sayunya rasa hati ini
berapa lama aku akan bersedih
berapa banyak airmata akan menitis

kemana nak ku jerit rasa yang menghimpit
membuat diri lemas dalam kesedihan
sempat lagikah untukku memohon kemaafan
setelah hatimu aku lukai dengan sikapku

andainya kamu dengar rintihan ini
maafkan diri ini yang melukai kamu
sesungguhnya aku menyesali kesilapanku
tanpa dirimu aku bukan siapa-siapa

maafkan diri ini..

KAWAN

Kawan Semalam aku jatuh Kejurang yang kufikir Sangat dalam dan gelap Sahutan hati aku tidak terjawab Ku dongak keatas ,"Kelam...