Friday, July 15, 2011

Tenang yang gelora

Damai petang ini
Sawah yang terbentang
Ditemani kicauan burung
Sepertinya ingin menutup gelora di hati.

Walau gerimis mendatang
Aku tidak mahu pergi
Aku mahu kekal disini
Bersama ketenangan yang aku rasai

Namun harus ku akui
Ketenangan ini bukan milikku
Aku harus berlalu pergi
Walaupun aku tahu
Gelora akan melanda lagi
Menghukum diri

Fikiranku tidak seperti dulu
Semangatku tidak seteguh dulu
Ya Allah,bantulah aku

Aku tidak mampu melalui jalan ini
Jalan yang penuh dengan tangan
Tangan untuk menarik aku ketepi
Bantulah aku..

Sesungguhnya aku insan yang lemah
Yang hanya mampu berdiri
Tetapi tidak berani berlari...

Sabar

Bertahun aku tinggalkan laman ini ruang yang menjadi teman bisikan hati rintihan jiwa dan hari ini aku kembali lagi kerana hati...