Friday, April 27, 2018

Dhia





Seteguh cinta yang tiada terlihat hujungnya
bagai mendung yang tidak menjanjikan hujan.
mengembara melihat keindahan alam
juga menghayati perasaan yang diciptakan tuhan

bayu yang lembut berlalu
juga tidak mengambarkan ribut yang mendatang
siagalah mencari keredhaan
agar didepan tidak sesat dilautan

senyum semalam
tidak mengambarkan gelora hari ini
bukan mengeluh terhadap ujian
biarlah mampu mengungkap pengajaran

Jatuh tersungkur sendiri
berdiri melangkah pun sendiri
cuma bertanya untuk memiliki
sang mawar merah yang mekar di hati

dulu tidak teliti
sekarang hampir yakin dan pasti
cuma menunggu jawapan 
adakah yang 'ada' bakal dimiliki
atau sekadar teladan dalam perjalanan

tidak banyak yang diharap
cuma berkatalah dengan hati
dan jawablah yang pasti..

Saturday, December 9, 2017

Sabar



Bertahun aku tinggalkan laman ini
ruang yang menjadi teman bisikan hati rintihan jiwa
dan hari ini aku kembali lagi
kerana hati yang dulunya berbisik disini, kembali sepi

benar kepada yang berbicara 'cinta itu sakit'
dan kerana sakit itu aku kembali untuk berbisik

setelah sekian lama, aku terleka
di lautan 'kasih' yang tiada arah tuju
bagai tersentak dari tidur yang lena,
keindahan yang aku impikan musnah
kini aku kosong....kosong jiwa...

aku bawa diri
ke suatu tempat yang amat asing bagiku
aku tidak lari, sekadar mencipta kenangan
agar dapat ku simpan dalam diari ingatanku

Aku mencari kesukaran
kerana dalam kesukaran itu ada terpalit keindahan
Aku takut untuk selesa,
kerana selesa ku sebelum ini membekukan akalku

akanku tahan ujianmu dengan kuasa kesabaran yang ada padaku
kerana dijanjikan Allah

 'pasti akan ada berita gembira pada orang yang sabar'

Dhia

Seteguh cinta yang tiada terlihat hujungnya bagai mendung yang tidak menjanjikan hujan. mengembara melihat keindahan alam ju...