Cinta manusia..
seperti dedaun pada sebuah pokok,
jika tidak disiram dengan doa,
dibaja dengan kesetiaan ,
dipagar dengan batasan,
nescaya tumbanglah pokok itu rebah ke bumi..
cinta yang sejati..
bagai setianya matahari dan bulan,
yang tak pernah jemu mencintai,
berkurun lamanya menemani bumi,
hanya cinta ALLAH kekal abadi...
Aku sedang mencari sinar yang belum pasti dapat aku miliki. Setelah sekian lama,baru aku sedar,apa yang aku kejar dan apa yang aku mahu, adalah sesuatu yang tak pasti. Jalan terbaik bagiku,
Berdoa agar Allah menutup pintu cinta di hatiku,cinta manusia yang telah sekian lama membunuhku. Biarlah episod luka ini pergi dan takkan pernah kembali. Biarlah cinta Allah yang tinggal dihatiku,agar ia berputik dan menjadi semakin indah. Aku serik untuk mencari cinta manusia yang hanya menjanjikan kekecewaan untukku. Andai kata jodoh telah tiba. Biarkan, biar Allah yang tentukan. Kerana aku yakin dan pasti, Apa yang Allah takdirkan untukku adalah yang terbaik bagiku.
Untuk teman..
Usah kamu mencari ketenangan,
Kerana ketenangan tiada di mana-mana,
Ia sentiasa di hati kamu,
Berdoalah...
Kerana itu yang terbaik untukmu..